Sabtu, 4 Disember 2010

hilangnya seorang sahabat

aku menghitung hari.... tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan kehilangan seorang yang bernama sahabat yang sering membuat rakan-rakannya bergelak tawa dengan karenahnya... selepas ini kami pasti akan merindui gelak tawa dan usikan beliau yang menggelikan hati... wahai sahabat aku mahu kau tahu yang rakan-rakanmu tidak pernah merelakan pemergianmu... tapi apakan daya kami , kami terpaksa melepaskan kamu pergi dengan hati yang tidak rela... wahai sahabat aku mahu kau tahu bahawa rakan-rakanmu terlalu menyayangimu... untuk selamanya sahabat !!!!! dan ingatlah sahabat bahawa rakan-rakanmu akan sentiasa mendoakan kejayaanmu walau di mana pun kamu berada... kami disini mengejar impian dengan harapan kami berjaya di masa hadapan dan harapan kami terhadap kamu juga tidak akan lupus dari ingatan... sahabat yang aku maksudkan di sini adalah MUHD NOR AFFENDI ... seorang sahabat yang setia mendengar apa jua permasalahan rakan-rakannya... dan ingatlah wahai sahabat kami akan sentiasa merindui mu...